Wednesday, 15 May 2013

MENGEJUTKAN, TINJAUAN DESAK ANWAR BERSARA POLITIK SEMAKIN MENINGKAT


AISHAH : JANJI MANISMU
HARI ISNIN, 13/05/13
Undian The Edge, 80 peratus mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara politik kerana Ketua Pembangkang itu gagal melaksanakan janjinya menawan Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13).


Agendadaily melaporkan pada pukul 2.30 petang Isnin, dari 9976 pembaca, 8005 atau 80.23 peratus The Edge mahu Anwar menunaikan janjinya untuk berhenti jika gagal membawa pakatan pembangkang ke Putrajaya.


Hanya 1972 yang berpendapat Anwar patut kekal membawa cabaran pembangkang dalam PRU akan datang.


The Edge adalah akhbar mingguan di Malaysia yang tertumpu kepada isu-isu kewangan dan pelaburan. Akhbar ini diterbitkan oleh The Edge Communications Sdn Bhd dan dilancarkan pada tahun 1994 untuk golongan eksekutif syarikat dan masyarakat awam yang berminat dengan pasaran kewangan Malaysia.

TINJAUAN PADA 13/5/2013
HARI RABU, 15/05/2013 
Tinjauan yang dijalankan akhbar bisnes The Edge menunjukkan seramai 81.62 peratus responden mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara susulan kegagalan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pentadbiran negara pada 5 Mei.

Seramai 10,396 daripada 12,736 orang yang mengambil bahagian dalam tinjauan dalam talian itu bersetuju bahawa Anwar “harus bersara memandangkan beliau membuat ikrar tersebut”.

Pertambahan 1.62 peratus dalam tempoh 48 Jam ataupun pertambahan lebih 2,391 orang mendesak supaya Anwar bersara dengan segera.

No comments:

Post a Comment